Skip to content

Hantu… tolong…

01/11/2010

Semoga cepat sembuh Datuk Seri Najib

01/11/2010

Datuk Seri Najib Tun Razak-Perdana Menteri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini diminta berehat di rumah dan tidak menghadiri semua majlis rasmi kerana beliau menunjukkan tanda menghidap penyakit cacar.

Penasihat media beliau, Datuk Seri Jalaludin Bahaudin, dalam kenyataan  dalam kenyataan kepada Bernama berkata PM mula berasa kurang sihat sebaik pulang dari Hanoi, Vietnam menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17.

Pemeriksaan mendapati ada ruam panas dan Datuk Seri Najib juga berasa sakit otot dan sendi dan segera mendapatkan rawatan.

Kini PM menunjukkan respon baik terhadap ubat yang diberikan.

Datuk Seri Najib turut memohon maaf kepada semua atas sebarang kesulitan.

Video baru CikShida Parit… kate kome…!!!

31/10/2010

ibnukhusairy.com sebenarnyna dah lama tak dengar berita CikShida kita ni. Walaupun ada beberapa ketika dia ni hilang. Namun kali ini, beliau sudah pun muncul dengan video terbaru. Lagu Inggeris, cayalah Cikgu Shida, lepas ni boleh masuk ke arena antarabangsa. ibnukhusairy.com will always support you.. You rock!!!..

Video baru Cik Shida kali ini rancak sikit dan yang paling power. Video editing dia makin hebat!!  Check this out..

p/s : Teruskan training TeacherShida…

Driver Bas Tu Takde Lesen??!!!!

31/10/2010

Apa??? Ni tak boleh jadi.. Berapi kami mendengar berita ni semalam. Bagaimana gamaknya seorang individu yang tidak mempunyai lesen memandu yang sah boleh dibenarkan memandu sebuah bas yang sarat dengan penumpang. Ish ish kami rasa nak belasah je driver bas tu yang sanggup memandu bas itu walaupun tak ada lesen.

Korang semua mesti tahu yang pada 29 Oktober 2010, satu kemalangan melibatkan Bas Persiaran meragut nyawa 7 orang penumpangnya. Menurut polis,

Ketika siasatan lelaki itu mengaku memiliki lesen memandu, tetapi hilang dalam kelam kabut akibat kemalangan itu, bagaimanapun semakan PDRM dengan JPJ mendapati namanya tiada dalam senarai dan semakan akan turut dilakukan dengan majikannya untuk mengetahui perkara sebenar.

Mayat Mangsa Kemalangan Bas Persiaran (gambar dari ondscene.my)

Berita beberapa akhbar hari ini memetik berita ini yang pastinya mengundang amarah dan bimbang kepada orang ramai tentang keselamatan pengangkutan bas di Malaysia ni. Mereka semua ni ajalnya sampai dek kerana penyelewengan orang lain. Kemalangan terjadi juga sebagai hikmah untuk kerajaan dan pihak berkuasa menyedari bahawa ada di antara kita yang sanggup memperjudikan nyawa orang lain demi keuntungan diri sendiri.

Berita Kosmo berkenaan siasatan polis terhadap pemandu

Kami rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga semua mereka yang terkorban.. Al-Fatihah.

Ish ish.. sudahlah tu, semua majikan bas persiaran. Janganlah sambil lewa ambil pemandu. Periksa lah semua keterangan dan butir diri mereka. Kalau anak kita yang takda lesen pun kita berat hati nak bagi doarang bawak kerata. Inikan pulak nak bagi bawak bas bawak penumpang. Isk isk isk.. Tak patut langsun!!!

Kami harap pemandu dan majikan bas dikenakan tindakan setimpal mengikut undang-undang selepas selesai siasatan.

p/s : Ibnu K harap takda lagi kita dengar kemalangan ngeri begini berlaku.

Akuarium impian Ibnu K

30/10/2010

Hobi saya pada masa lapang kini adalah biasanya memelihara ikan peliharaan di dalam akuarium. Akuarium saya ialah yang jenis ditanam dengan pokok hidup di dalamnya. Walaupun berjaya membuat set up yang cantik namun baru-baru ini akuarium saya diserang dengan alga yang berwarna hitam.. Arghh tensionnya rasa.

Contoh akuarium yang Ibnu K jaga tapi yang ni bukan saya punya ok…

Kalau yang jenis itu, yang profesional je boleh buat sampai jadi macam tu kengkawan oi.. Tapi Ibnu K mengimpikan akuarium tumbuhan yang bersaiz dalam 100 gallon ke atas.. Macam mamat ni punya…

p/s : Bilalah ya?

 

Jom undi…

30/10/2010

Final Piala Malaysia malam ini…

30/10/2010

Piala Malaysia yang bakal menjadi rebutan malam ini

Pastinya kami tahu ramai yang sudah mengikat bendera di kereta masing-masing sebelum bergerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil petang ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Negeri Sembilan menentang Kelantan. Ia umpama ulangan perlawanan akhir tahun lalu. Segalanya akan bermula pada pukul 8:45 malam nanti. Perlawanan yang sentiasa dinantikan oleh ramai peminat bola sepak tempatan.

Negeri Kelantan sudah nekad dan bersedia untuk menggempur barisan pertahanan Negeri Sembilan yang bakal dikawal ketat hari ini. Ia bagi mengekang Kelantan daripada menjaringkan gol. Impian Kelantan juga pastinya membara dengan keinginan memuncak untuk memenangi piala itu buat pertama kali pastinya tidak disia-siakan.

Kita saksikan saja nanti bagaimana percaturan jurulatih Kelantan B Sathianathan.

Bagi N Sembilan pula, pastinya kejuaraan lalu perlu dipertahankan demi maruah penyokong semua. Setelah dua kali memenanginya pada 1942 dan 2009 rekod kemenangan takhta bolasepak negara pastinya mahu terus dilebarkan.

Kita nantikan terus aksi akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pukul 8:45 malam ini.

p/s : kedua-dua penyokong, jangan gaduh tau!!

804 km, bukan main-main

29/10/2010

Kami nak bagi tahu sebelum apa-apa yang contengan ini tidak menyokong mana-mana agama atau menyebelahi kepercayaan mana-mana pun, ianya hanya ingin berkongsi budaya agama lain yang memerlukan semangat yang tinggi.

Kami dapat tau kisah ni terjadi di negara China. Haa.. China ni memang segala-galanya bagus dan cemerlang. Dari semangat penduduk hinggalah keagamaan di sana terutamanya Agama Buddha. Di sana, sekumpulan Sami Buddha cuba melakukan sesuatu demi agamanya dengan berjalan sejauh 804 kilometer ke Gunung Putuo.

Mereka berjalan dengan menggunakan LUTUT!!!

Sami Buddha di China, berjalan menggunakan lutut ke Gunung Putuo

Master  Zhiyuan dan Master Hanliang agak-agak perjalanan lutut depa ni berakhir kira-kira dua bulan kot ke gunung itu. Dalam perjalanan, mereka singgah gak la nak lawat kira-kira 99 buah tokong.

Mereka hendak melawat juga Patung Guanyin yang diceritakan sebagai seorang wanita muda memegang sejenis bekas dan menuang air dari gunung itu.

Patung Guanyin di Gunung Putuo, China

Beberapa individu yang mengikuti perjalanan itu dari Tokong Ganlu, Selatan China berkata kedua-dua sami itu juga akan bermalam di beratapkan bulan dan bintang tanpa sebarang khemah atau alas.

 

Rome larang pakai Mini-Skirt terlalu pendek

29/10/2010

Kami dimaklumkan benda ini terjadi di Rome, Italy. Aduhhh kelakar tapi bagus jugak..

Sebenarnya pada pendapat anda, berapa pendek agaknya “mini skirt” tu ya. Isnin lepas, Datuk Bandar Rome dari Parti Konservatif menguatkuasakan larangan memakai pakaian yang mempengaruhi emosi dan provokasi di kawasan awam, stadium bolaspek dan juga lokasi tumpuan.

Luigi Bobbio berkata..

Mini skirt dan semua pakaian yang mempengaruhi emosi boleh dipakai asalkan ianya tidak terlalu mendedahkan kerana ia melibatkan kepentingan umum dan juga kesucian manusia..

Sebaik sahaja si Luigi ni berkata demikian, sekumpulan ahli politik wanita berkumpul di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Rome. Larangan itu turut melarang bolasepak dimainkan di kawasan awam.

Yang ni tak boleh!!

Menurut Luigi..

Kalau korang ni main bola di kawasan awam, lastly mesti semuanya bergaduh. Lepas tu, semua orang tak boleh berjemur tanpa pakaian di bandar, menggunakan perkataan kesat atau mencarut secara terbuka dan juga lelaki tak boleh bergerak ke mana-mana tak berbaju!!

Para pesalah boleh dikenakan denda sehingga 500 Euros atau 700 Dollar Amerika dan benda ni terus kena ikut dan dan tu…

p/s : kami tak dapat nak cari contoh skirt mini yang boleh dipakai di Rome.. hahaha

Ketawa…

28/10/2010

Anda pasti suka kalau ketika berada di pejabat, ketawa sekali-sekala dengan jenaka kengkawan. Kami pasti anda seronok. Kalau boleh nak gelak dan ketawa selalu kan? Heheheh.. Tapi, sekarang ni dengan revolusi youtube dan pelbagai lagi saluran media baru. Perihal ketawa ni terlalu mudah. Ada sahaja cara untuk membuat anda ketawa.

Kami di ibnukhusairy.com sentiasa memilih untuk menonton video dari America Funniest Home Video (AFHV) yang dahulunya pengacaranya ialah Bob Segget. Sekarang mana agaknya uncle Bob ni.

Banyak sebenarnya bahagian-bahagian video program ni dimuat naik dalam youtube tu. Jadi, anda kalau nak tengok, tak habis-habis kot rasanya.. Selamat bergelak…

p/s : Hahahahaha…

 

Ian James Young ingin meluahkan sesuatu

28/10/2010

Kami rasa anda mesti tertanya-tanya juga ke mana hilangnya kami dalam beberapa hari kebelakangan ini. Ada beberapa urusan yang kami perlu uruskan untuk beberapa hal yang terjadi. Jadi, selepas itu kami pun periksalah inbox kami dan dapat mesej daripada “suami” si Fatine Min Bahari ni.

Untuk pengetahuan , ketika ini pasangan ini sudah pun “bercerai”. Selepas menurut Ian si Fatine ni hanya berpura-pura dan banyak menipu pihak berkuasa untuk mendapatkan visa untuk terus menetap di UK untuk apa.. kami tak tahu..

Foto Ian ni diambil daripada Facebooknya. Nantilah, kami akan usahakan untuk mendapatkan info-info berkenaan penipuan si Fatine ni terhadap Ian. Ni dia mesej kata-kata dari Ian terus dari United Kingdom..

hi just wonderd if you wanted to run the story on how she has shamed the malaysian contry and lied to the autorities over her to get he stay in the contry and i let you know all the facts about her pushing me to kill myself and any other info you want she is making my life hell and its time it stops i want to get on with my life and now have 3 credit cards to pay for that she took out in my name and used them.

p/s : English dia ni bertabur da….

Dulu Popular sekarang….

27/10/2010

 

Jauh dari St Petersburg, seorang remaja perempuan ni yang dulunya popular di televisyen akibat keadaannya yang kerap tersedu selama lima minggu dituduh membunuh seorang lelaki sebuah rumah di sana semalam.

Namanya, Jeniffer Mee, 19 tahun pernah muncul dalam rancangan NBC’s Today beberapa kali selepas dia mengalami keadaan yang tersedu selama 50 kali dalam seminit.. Mak aihhhh..

Dia ni pun cuba lah macam-macam ubat namun gagal lah nampaknya sehingga kami dapat tahu yang sedunya tu akhirnya berhenti.

Menurut Polis St Petersburg

Mangsa, Shannon Griffin, 22 tahun dikenali Jennifer dalam laman sosial minggu lepas, dan mula berbual di dalam telefon sebelum bersetuju untuk berjumpa malam Sabtu lepas.

Bagaimanapun keluarga si mati ni pun cakap mamat ni memang pelik sikit sebab asyik menghabiskan masa dekat internet je.

Nasib tak baiklah, Griffin dirompak beg duitnya (sikit je pun), hp dan kunci skuternya. Lagi teruk, dia kena tembak tiga kali di dada dan sekali di bahu… Kesiannn..

Menurut polis lagi, ada tanda pergelutan ketika pembunuhan itu berlaku.

Polis menemui sepasang kasut di lokasi jenayah yang dipercayai milik suspek pembunuhan itu dan juga sepucuk pistol.

 

Dulu penyamun.. sekarang…

26/10/2010

 

Seorang bekas penyamun yang dulunya mencuri, kini sudah mereka bentuk satu kunci mangga yang menggunakan cap jari untuk membukanya. Sekarang ni dia ni dok pasang mangga tu dekat rumah-rumah sekitar China free je.. Hahahahaa..

Bekas penyamun Yang Gui Hua, 29 tahun sedang sibuk menyiapkan mangganya...

Si dia ni namanya Yang Gui Hua berumur 29 tahun. Masa duk kat dalam jel empat tahun kerana menyamun, dia terus dapat mencipta sistem keselamatan mangga menggunakan cap jari ni. Selepas dibebaskan terus Yang mendapat hak paten untuk mengkomersialkan rekabentuk dia tu..

Mangga berkenaan berfungsi dengan teknologi biometrik dan menggunakan cap jari untuk membolehkan pengguna memasuki kawasan yang dikunci dengannya.. classs lah..

Walaupun dalam pasaran banyak kunci macam ni kan? Namun apa yang buat si Yang ni different sangat ialah khidmat dia memasang secara percuma sistem itu ke atas lebih 100 buah rumah. Menurutnya ni dia nak ubah dan cuba jadi orang yang baik selepas menyamun je kerjanya sebelum ni.. Hahaha

p/s : mangga ni takde kuncilah…

Taiwan ni..

26/10/2010

 

Taiwan kini perkenal undang-undang baru kepada pekerja seks A.K.A pelacur yang membenarkan mereka mewujudkan pusat perniagaan kecil-kecilan pada satu-satu masa.

Walaupun benda ni dilarang di kebanyakan negara termasuk di negara kita, industri sex di Taiwan hanya menjadi “sah” pada tahun 1997 selepas negara itu menggubal undang-undang adalah menjadi satu kesalahan untuk menjadi pelacur melainkan berdaftar… Haduiiii…

Pusat Kecil-kecilan di Taiwan

Kementerian Dalaman Taiwan berkata

Boleh kalo korang nak buat spot kecik-kecik ni tapi dalam tiga ke lima orang staf dah cukup lah jaga kedai itu dan tak boleh bukak kat tempat banyak budak-budak…

Rancangan depa nak menguatkuasakan undang-undang ni akan dibentangkan di Kabinet Taiwan hujung tahun ini.

p/s  : Dunia dah betul-betul akhir zaman ni

Lagi baby..

24/10/2010

Hari ini agaknya edisi bayi kot semua contengan kami. Hahahaha.. Tadi baby bercakap Kreativiti grafik komputer ini pulak memperlihatkan kehebatan bayi menari lagu breakdance atau hip hop.Walaupun ada beberapa ketika kita nampak bahawa ia adalah grafik, namun keseluruhannya memang menarik dan memastikan mata kita terus mahu menatapnya.

Korang semua lihatlah sendiri ya.

Baby… comelnyaaa

24/10/2010

Salam pagi, pada anda semua makhluk apa yang disukai dan digerami.. Hehehe ada ke ayat digerami. Pada kita sudah tentulah baby.. atau (bayi) dalam Bahasa Melayu yang dibanggakan. Sebab pada kita si comel tu memang banyak keletahnya yang mampu membuat kita tersenyum.

Kalau golongan kreatif di Barat lagilah.. mereka menggunakan baby ni semua untuk hasil kreativiti mereka terutamanya dalam membuatkan mereka ini nampak bercakap dan berkomunikasi dengan kamera. Hahaha.. Contohnya pada video klip berkaitan e-trade ni.. Memang comel.

p/s : Kecik-kecik dah bisnes minded.

Medley Keluang Man, Kau Bukan Aku dan Zombie

22/10/2010

Lagu di atas nyanyian Ainan Tasneem bukanlah lagu tema untuk contengan ini tau.. Hahaha..  Cuma nak kongsi lah dengan semua pasal si dia ni. Kalau yang bro-bro tu tengok sekali dah cair dah kot.. hahahaha.. Sekarang ni ramai budak dan anak muda yang genius kan… Walaupun setakat main gitar tapi dia tahu apa kekuatan dia dan dia asah bakat dia supaya satu hari nanti dia akan jadi yang terbaik. Kami pun kagum tengok dia main.. Kira kami krew ibnukhusairy.com  teruslah jatuh cinta dengan si Tasneem ni.. Teruskan ya dik..

Perhimpunan Umno 2010

21/10/2010

Kami sudah berada di Pusat Dagangan Dunia Putra sejak dua hari lalu. Sejak Isnin lah kiranya. Jadi, susah keadaannya untuk mengemaskinikan ibnukhusairy.com sepanjang berada di sini. Dengan buzy mengejar sidang media dan beberapa sesi perbahasan perwakilan sememanya terhad masa untuk menulis contengan untuk tatapan anda.

Orang ramai pun juga turut berduyun-duyun hadir ke sini.. untuk mengikuti perhimpunan agung yang penuh dengan perbahasan yang menarik, lucu dan penuh idea baru dalam memajukan bangsa Melayu.

Gambar di atas adalah ketika perasmian perhimpunan sayap Umno serentak oleh TPM Tan Sri Muhyiddin di Dewan Merdeka, PWTC. Masa kami berada di dalam dewan tu rasa sebak dan bangga pun ada. Pada ketika itu cuba jugak contro sedaya upaya diri untuk terus jadi neutral. Maklumlah, media kan?

Tapi dengan aura Dewan Merdeka, rasa bangga dengan prestasi Umno tu gagal dikawal namun tetap juga terasa. Bukan apa, kami rasa memang kita di Malaysia ni banyak hidup atas jasa Umno. Kami rasa banyak yang tidak bersetuju dengan kenyataan itu namun itulah kenyataannya.

Hari ini Presiden Datuk Seri Najib menyampaikan ucapan dasar untuk merasmikan perhimpunan agung Umno. Kami para wartawan penat juga dalam mengikuti perbahasan yang berlangsung dan menulis berita khas untuk tatapan masyarakat yang menunggu berita sekitar.

Kami sertakan lah imej di sekitar Perhimpunan untuk tatapan anda ok..

Orang ramai selepas perasmian Perhimpunan Agung tiga sayap Umno di Dewan Merdeka, PWTC

p/s : kami di PWTC sampai Sabtu ini, bolehlah bertemu kami di sini ya kalau-kalau singgah.

rindu wujud dengan perpisahan, tanpa perpisahan rindu takkan ada

19/10/2010

Hari ini kami banyak juga menerima beberapa kiriman untuk contengan kali ini. Beberapa hari lepas, kami tak sempat nak rujuk email jadi tandus sekejaplah ibnukhusairy.com. Tapi takper indu wujud dengan perpisahan, tanpa perpisahan rindu takkan ada kan.. Ahaks.. Okaylah, seketika tadi kami bertemu lagi beberapa video di dalam youtube yang kreatif dan cukup ideal untuk menyampaikan mesej kepada insan  teristimew di zaman alam IT ni. Kami tak tau sumbernya daripada siapa cuma diketahui daripada kedaikreatif.com. Memang kreatif la brader yang buat benda-benda macam ni.

Kisah cinta yang berakhir derita.. Korang tengok je lah ya.

Kisah awak dan saya….

Read more…

luluh hati jiwa dan air mata

19/10/2010

Hening pagi sinar manusia
Menandakan lagi sehari akan bermula
Kita keluar ke sana membuang masa
untuk rezeki kita, untuk hidup kita
Namun, baru sekelip mata pagi itu terbit
Luluh jiwa
Hancur hati
dan berair mata ini
Bila rezeki dan ujian yang Kau bagi mati
Bila si kecil tidak berdosa bergelimpangan di hari lahir mereka ke dunia
Di balut dengan entah hapa-hapa oleh manusia durjana
Di letakkan di tempat kita membuang sisa malam tadi rasanya

 

Tak terkata lidah kita
Tak tertuding jari kita
Tak termarah hati kita
Sebab mereka kata sebab cinta
Mereka kata mereka khayal dunia
Mereka kata mereka masih muda
Mereka kata mereka hanya mencuba
Sampai begini jadinya!!!
Kita harapkan biarlah Dia tamatkan episod
ini sampai sini sahaja..

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.